Di estimetkan oleh satu source yang aku tak dapat nak sahihkan betul ke tak, terdapat lebih kurang 6,912 bahasa yang digunakan dalam dunia ini, aku tak tau la bahasa sms, bahasa pasar, bahasa rojak, tak reti bahasa termasuk dalam senarai tu.
Tapi aku tak pasti dalam banyak² bahasa yang ada kat dunia, bahasa inggeris yang telah di paksakan untuk di pelajari di sengkolah² pada masa ni, kenapa tidak bahasa jepun, rusia, atau korea yang menjadi pilihan? tak majukah bangsa kita kalau tak reti speaking? hebatkah kita kalau bleh speaking? Di jepun mereka mengutamakan bahasa mereka sendiri berbanding bahsa omputeh ni tapi mereka still menjadi satu negara yang maju.
Pengalaman belajar bahasa asing ni aku dapat rasa yang ia adalah sesuatu yang sukar, sehingga kini setelah beberapa tahun tah aku bercampur gaul ngan bangsa siam di sini aku masih lagi merasakan kesukaran untuk memahami mereka, aku masih lagi menggunakan bahasa isyarat dan bahsa mimik muka(bahasa yang didapati paling mudah difahami) untuk berkomunikasi dengan mereka.
Cuma aku rasa kagum bila tengok anak aku mencipta bahasa dia sendiri dan paksa orang untuk fahami bahasa dia. Genius ke anak aku ni? takyah belajar bahasa manusia tapi suruh orang belajar bahasa dia plak. hehehehehehe bangga nye aku
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

No comments:
Post a Comment