Aku dapat email pasal boikot memboikot ni. Ini cerita boikot Amerika dan Israel yang dok pegi bunuh orang Palestin tu. Aku dapat list dan KFC termasuk di antaranya. Kalau cerita KFC kena boikot ni kat tempat aku dah lama dah KFC kena boikot, bukan cerita baru...dulu ada satu KFC kat sini...tapi sampai tutup kena boikot dengan orang di sini.
Tapi mereka masa tu bukan boikot sebab bersentimenkan kemarahan kepada Amerika atau Israel, ataupun bersimpatikan nasib mereka di Palestin. Tapi mereka telah memboikot KFC sebab tak jual nasi masa tu. Biasala orang Kuala Sungai...mereka tak biasa makan lauk sahaja tanpa ada nasi, lagipun mereka lebih suka makan ikan berbanding dengan ayam. Kalau KFC menjual ikan goreng sahaja nescaya mereka akan dapat mengupgrade sehingga tiga pat lot kedai di sini.
Tapi sebenarnya ahli² fikir KFC pon bukan calang² orangnya, atas pengalaman mereka di sini, mereka telah mereka set yang ada nasi. Dan hasilnya mereka berjaya membuka kembali KFC yang telah ditutup di Kuala ni...Uiks???dalam dok kena boikot pon boleh bukak cawangan lagi??? (entry ni ditulis sebab aku baru dapat info yang KFC baru je bukak balik kat Kuala ni setelah lebih kurang 8tahun tutup)
Pepandai je aku
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

No comments:
Post a Comment