Masa aku sekolah kat asrama dulu asrama aku memang tak kool. Salah satu benda yang aku rasa tak kool kat asrama aku dulu ialah kitorang tak di benarkan bawak radio atau pon walkman hatta ipod nano ataupun henpon yang boleh main mp3, apejadah? mase tu CD pon mahal lagi 4u2c gantung kat leher beb CD pasal mahal macam rantai emas la kengkonon...eh tu sebelum aku masuk asrama lagi kot.
Masa tu memang payah nak dengar lagu² baru sebab aku tak berapa pakar dalam keje penyeludupan radio atau rokok dan aku juga tanak mengambik risiko di cop oleh warden sebagai budak jahat pasal nnti susah dah nak buat keje jahat.
Tapi selalunya kesunyian aku di dorm diubati oleh nyanyian yang gila sumbang oleh sorang mamat perasan suara dia sedap yang kalau dia masuk one in a million sure kena kutuk kaw² oleh Paul Moss. Tapi sampai sekarang aku tak penah nampak pulak dia dalam mana² audition realiti tivi. Mungkin dia akhirnya dah sedar yang suara dia tak sedap, ataupon dia pegi tapi tak kuar tivi ataupon dia dah buat pastik surgery tuko muka dia jadik Faizal Tahir, takkan laa?? ya, muka dia juga buruk juga laa...dan memang dia pasan ensem pasal dia sorang ade awek masa tu orang lain semua takde awek, padahal orang lain tak kecoh macam dia. Mamat ni penah cerita kat aku awek dia puji suara dia sedap jadik bilal azan kat surau hostel ni. Lepas tu hari² dia azan dengan niat nak menggembirakan hati awek dia dengan suara lunak merdu tu kalau aku pikir balik sekarang ni memang macam haram mamat ni.
Hari² dalam hidup aku masa tu selama setahun aku duduk satu dorm dengan dia memang kerja dia hanyalah menyanyi sahaja, di dalam dorm, dalam bilik air, hatta di bilik study pon nyanyilah sahaja dia, pastu tanya orang ok tak suara aku?tapi semua lagu yang dia nyanyi adalah lagu melayu dan dikategorikan sebagai lagu leleh Eddie Hamid yang mana cukup menyiksa jiwa aku yang grunge masa tu. Tapi yang aku pelik setiap kali keluar lagu baru yang top terus je dia boleh hafal dan dia akan ulang lagu tu sampai keluar lagu lain terbaru pulak.
Sampai hari ni ada lagu leleh top dulu² yang aku tak penah minat jauh lagi untuk cuba menghapal lirik telah melekat dalam kepala aku. Bilamana aku terdengar je lagu tu kat tivi ke radio otomatik aku sing along, pastu bila aku tersedar ape aku nyanyi aku akan sumpah seranah diri aku ngan mamat kawan dorm aku ni sekali. Babiks lu dari dulu sampai sekarang lu rosakkan jiwa gua!!!
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

No comments:
Post a Comment