Tuesday, May 12, 2009

Aku heran gak kenapa dak² zaman skang aku tak penah nampak dah dorang main permainan rakyat yang macam aku main dulu². Tak kool langsung budak² skang ni...

Masa dulu banyak pemainan yang kool. Permainan masa tu ikut musim, sape yang mulakan musim selalunya aku memang tak tau, aku follow je. Aku nak buat list sikit permainan yang aku main dulu²

Main Gasing
Selalu dimainkan kat tepi² jalan atau padang yang rumput dia dah tak ada. Buat satu bulatan pastuh pangkah gasing orang lain sampai pecah. Budak² selalu tuko paku kasik beso. Mana yang hebat lagi tu masa gasing tengah spin boleh angkat letak atas tangan.

Main Guli
Lawan jentik guli dengan tujuan nak kolek orang lain punye guli. Kalau musim main guli ni tiba memang dalam poket memasing penuh ngan guli.

Main Sorok²
Game ni aku rasa umum dah tau camne.

Main sumpit kacang ijau pakai straw (nama saintifik taktau)
Masa ni selalu aku selalu pegi sauk kacang ijau kat kedai mat sehari segenggam masuk kocek. Orang lain taktau, tapi modus operandi game ni hanyalah pegi kejo orang pastu sumpit.

Galah Panjang
Permainan ni memerlukan ramai orang, buat dua team pastu satu team halang orang nak lepas dengan menjaga masing² punya kawasan, satu team lagi cuba melepaskan diri dari blocking² yang ada, biasanya dimainkan kat court badminton ataupun court mammoth.

Bedil
Bedil dibuat daripada buluh. Ianya menggunakan kuasa mampatan untuk melepaskan tembakan. Buah apa kitorang pakai buat peluru aku tak ingat dah...cara permainannya bercorak peperangan. Selalunya kalau aku dulu gian nak main game ni kat sekolah aku pakai pen, peluru aku pakai kertas basah.

Teng-teng
Game ni aku tak in sangat, jatuh standard masa tu main, pasal ni game orang pumpuan

Main ceper
Permainan yang menggunakan penutup botol. 5 tudung botol digunakan. Nak cerita detail main camne aku tak tau, try tengok wikipedia kalau ada. Kalau dak pumpuan dorang main batu serembat.

Main baling selipar
Masa dulu dengan hanya berbekalkan selipar pun budak² boleh cipta sesuatu yang interesting untuk dimain, bukan cam budak sekarang, takde komputer dah tokleh nak pikir nak main ape dah. Game ni pon aku tak berape ingat law dia, yang aku ingat ada kena dirikan satu susunan tiga selipar sambil team satu lagi try baling orang ngan selipar. Lagi satu yang game ade iras² macam baling selipar ni adalah main bola chop. Game membaling sekuat kuat ati orang dengan bola tenis.

Main tepuk daun terup.
Daun terup saiz kecik digunakan. terdapat pelbagai jenis daun terup dalam pasaran kalau musim permainan ni tiba. Cara permainan dia, dua orang yang berlawan akan tentukan berapa keping daun terup nak pasang. Kalau lima keping, setiap seorang akan keluarkan lima keping dan disusun bersama. Pastu, tepuk lah daun tu sampai dia flip terbalik. Berape daun yang terbalik dapat kat orang tu laaa....sape kuat tepuk dia bleh kaya ngan daun terup.

Main lawan Spider
Masa ni budak² sibuk carik spider yang terkuat untuk berentap.

Ikan laga
Sama macam main spider je.

ade keje, nnti aku hapdet lagi

1 comment:

Anonymous said...

bahahaha.
siap ada markas lagi kat parit sulong dolu.