Wednesday, August 5, 2009

Gula hilang di bawa lari oleh Berjuta-juta semut merah!!

Gula sekali lagi hilang dalam pasaran negara, dan kerajaan menggunakan skrip yang sama, peniaga jangan sorok gula, ketatkan penguatkuasaan di pintu keluar Thailand, sebab sekurang-kurangnya seorang warga Thai yang keluar dari Malaysia membawa 2 kilo gula. Ni berita yang aku petik dan olah ikut dan dari Tv yang suka bodohkan aku. What the f**k?

Mengikut sumber² aku yang boleh di percayai, bekalan gula di kilang masih bertan-tan stoknya. Manakala di pihak peruncit pula kejadian menyorokkan gula untuk mendapatkan keuntungan 20 sen perkilo amatlah tidak munasabah malah munah di Sarawak pun cakap tak logik. Purata sekali order mereka 20 kilo, kalau 20 sen maknanya mereka akan bertambah kaya 4 ringgit lagi.

Warga Thailand pula pada hemat aku yang duduk di pintu sempadan ni kalau mereka membawa 20 kilo seorang pun belum tentu akan habis bekalan gula itu.

Tidakkah logik orang yang menjual secara besar-besaran yang akan mendapat lebih pekdah dan aku heran kenapa kerajaan masih melindungi mereka ni. Kenapa mengulang kaset yang sama yang dimainkan dulu dengan menembak orang yang tak berkaitan.

Kerana kerajaan ada kawtim dengan mereka yang besar-besar ni, kerajaan tak kawtim dengan peruncit-peruncit, kerajaan tak kawtim dengan orang Siam, lepas ni bos-bos kompeni kerajaan akan kalut mengeluarkan surat dan memo kepada kakitangan supaya mengawal warga siam ni supaya tidak membawa lari bekalan gula negara. Apa ke bodohnya ni?

Berhentilah bodohkan rakyat. Kalau ada janji nak bagi apa² kat pengeluar gula bagi je laa, nak bagi subsidi bagi je laa, nak naikkan harga naikkan je laa, kami rakyat tak pernah kisah dengan semua tu...tapi berentilah buat benda bodoh tembak sana sini tu.

No comments: