Selalunya bila aku ada idea yang mencurah-curah dalam kepala hotak aku yang berjambul ni, idea selalu hilang bila aku start menaip. Maknanya aku bukan malas nak berblog ape ni cuma idea selalu hilang, takpun masa aku ada idea mencurah tu, keyboard takde nak taip. Ok, tak penting tu semua.
Sama macam entri ni, tak penting pun. Harap² entry kali ni dapat melupakan aku kepada ingatan dalam perut ni yang lapar kerana tak bersahur. Tu je harapan aku hari ini.
Teruskan cerita, beberapa hari yang lepas aku telah menuju ke pekan siam dengan menaiki bot tambang di sini dengan niat untuk mencari mercun. Tiap² tahun bila tiba raya memang aku bertukar profesion menjadi penyeludup. Ini semua berlaku akibat tekanan ekonomi dari pihak Kerajaan Malaysia. hahahahaha!!! Ok, tak salah aku rasa kalau nak carik duit lebih sikit nak berseronot di hari mulia Hari Raya.
Perjalanan aku kali ni berjaya membuka mata aku bukan sebab kerana aku tidur sepanjang perjalanan bot yang mengambil masa sejam tu. Tapi bila aku duduk seharian di sana menjalani kehidupan macam dorang, apa yang aku fikirkan adalah, negara Malaysia ni macam satu studio filem koboi yang hanya ada dinding playwood yang cantik di depan tetapi di belakangnya bukanlah bangunan yang sebenar. Thailand pula tak terdapat pemandangan yang cantik, tetapi di dalamnya penuh dengan kehidupan yang lebih hebat dari zahirnya, tak paham? ok takpe.
Di sana bila aku masuk dalam bangunan yang buruk tetapi rupanya di dalamnya ada industri yang besar. Thailand merupakan negara Eksport yang besar berbanding negara kita, tapi industri tu semua duduk dalam tempat yang tak disangka. Mereka tak buat bangunan yang besar dan gah, mereka tak bina koridor, semuanya di buat secara DIY dan survivor.
Di Sini, bangunan semua cantik tersusun ade pasu bunga, cat baru, tong sampah canggih, pejabat ekon, tapi dalamnya tak ada apa, industri kita tak kemana pon, eksport kita apetah lagi, ape je yang kita boleh hantar ke Thailand? tapi berapa banyakkah lambakan barang Thailand di negara kita?
Aku perhatikan juga di sana mereka boleh menjaja sesuka hati mereka. Bukalah ape gerai di mana sekalipun tak ada majlis perbandaran Siam yang nak datang angkut stall. Di Malaysia, nak berniaga kat situ tak boleh, kat sini tak boleh, mesti kerajaan nak buat bangunan pastu sewakan, kalau tak mampu blah la korang, simpan la cita² nak meniaga tu mana nak deposit lagi mana nak buat lesen lagi mana nak birokrasi lagi. Tapi kat sana semuanya mudah, pacak je gerai meniaga kalau ada tuan tanah kutip duit bayar je kalau tak, duduk free. Biar pemandangan tempat diorang tak cantik kerajaan diorang tak peduli. Kita kat sini nak cantik je...tapi rakyat tak kasi chance nak buat ape pon.
Dari kecik sampai ke basar kita di tekan dengan macam² undang-undang yang bertujuan untuk menyekat kebebasan kita. Bila di negara mereka, mereka menjaja merata-rata, bila datang sini, dorang meniaga mana dorang suka buat macam kat tempat sendiri, tak takut apa, sebab dah biasa buat kat tempat sendiri, dah memang life macam tu. Tapi kita, takut, semua kita rasa tak boleh itu tak boleh ini tak boleh, terlalu banyak sekatan membuat kita jadik bodoh dan tak boleh berkembang, sebab tu kita tak maju, sebab tu kita gah je, tapi tak ada ape pon yang hebat, semuanya projek kerajaan syok sendir je yang gah tapi rakyat nganga. Malaysia boleh, tapi bila kita nak ubahsuai sikit ohhh itu tak tak boleh JPJ kata salah. Kenapa di Thailand semua boleh?
ada kerajaan dorang kesah kalau rakyat dorang buat kereta Evo bubuh enjin keretapi?
Tapi orang Malaysia bila pergi Thailand tengok kampung tak hebat owh...Thailand tak maju... Malaysia maju, Malaysia cantik, hebat...ada bangunan tinggi, Bila kita buat highway, heboh satu dunia, smart tunnel konon, teknologi orang kita sewa je nak buat ape? Di Thailand buat Highway berbelas lorong seposen tak kena tol haram sikit pon tak kecoh. Barang dorang dah sampai satu dunia ada dorang kecoh macam kita dapat tumpangkan angkasawan kita pegi langit.
Ape cerita Thailand boleh Eksport Cencalok ke Italy tulis kat botol "Made in Thailand"?
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

2 comments:
kesimpulannya, ada tak mercun?
entry yg bagus ok! kalo bley g link kat *tuuuuuuuT*
Post a Comment