Sempena raya yang menjelang tiba ni kereta aku dah berjaya di cat. Kereta aku beraya ngan baju baru, aku je pakai baju tahun lepas, takpe tak kisah! Adapun proses mengecat kereta aku mengambil masa yang teramat lah panjang tak seperti cerita Chip Foose Overhaulin tu yang boleh buat sebijik kereta dalam masa 5 hari je. Aku pon siap hari² pegi lepak kedai cat tu samapai brader cat tu pon ntah² meluat dah tengok muka aku. Tak tau la dia tapi kalau aku buat keje hari² orang tengok mau jugak rasa nak terajang!
Tiba² secara otomatik je sekarang ni aku rasa macam orang baru belajar bawak keta. Nak paking rasa tak lepas, nak masuk rumah rasa macam nak terlanggar tembok, selisih ngan orang naik motor aku rasa macam nak tergesel je...susah sekarang ni, tiba² skill memandu aku menurun sebanyak 30%.
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

No comments:
Post a Comment