Friday, September 18, 2009

Semua orang sibuk bersiap nak raya tapi aku masih berblog, goblok!

Beg dah seminggu packing, kereta minggu ni je dah dua kali basuh, tapi aku masih lagi kat opis. Oh! aku rasa rugi basuh kereta pasal trek basah arini, dua kali pulak tu. Tapi takpe, semangat raya.

Malam tadi aku pegi ronda Bazaar Syawal, adeke Bazaar Syawal? selain Bazaar Ramadhan. Sungguh ramai orang! meriah rasa. Sebenarnye takde carik ape, memang orang macam kami tak di perlukan kat situ buat tambah sesak je. Last sekali beli Myra mainan je, apehal raya beli mainan? owh dengan barang untuk bapa² sikit, kebetulan jumpa. Rezeki laa tu.

Speaking pasal rezeki hari raya. Herel dapat baju cantik daripada aku harga pon murah nak mampos memang tak jumpa dah, siot betul! Tapi, aku pulak dapat duit raya tahun ni setelah tak penah terima duit raya sejak zaman dinasour masih berbentuk mikro organisma. Ok la tu! terima kasih kat Syarikat Perniagaan Tunas Baru sponsor duit tol aku.

Speaking pasal duit raya pulak tahun ni aku tak tukar duit singgit² atau dua hengget². Amacam? kool tak? sape yang bernasib baik je aku bagi berapa duit yang ada dalam kocek. Aku bukak untuk tiga pemenang sahaja kot. Haji Bakhil tak? ini bukan budaya kita kata tibi satu.

-Selamat Hari Raya mintak mak kuih sepotong-

2 comments:

Anonymous said...

hah, yang tiga pemenag tu, saya pemenang utama! yeah!

Anonymous said...

at least, bertolak da pn malam ni..huhuhuhu..si bengong ni packing bag sblom dpt tiket lg..huhu