Ini cerita lama² aku dulu pengalaman aku sendiri bukan pengalaman kawan² cerita kat aku
Cerita Satu
Member aku telah terlibat dengan perselisihan faham dengan Satu puak india mabuk. Aku malas nak story panjang² pasal ape, thats not the point. Member kena pukul separuh nyawa, keluar la muntah hijau, biru semua, dia makan helmet, rantai besi, beruti kayu segala macam. Bonyok jugak laa satu badan dia. Aku dan kawan² yang prihatin nak tolong tapi tak sempat, masa kami sampai nak fight member dah duduk dalam rumah orang terlentang. Member² bawak dia pegi ospital, yang setengah lagi termasuk aku pegi laa balai nak buat report. Sampai balai, kami story la apesal kami datang, kami nak buat report. Polis kat situ kata "Yang korang carik pasal dengan puak² hindu tu apesal? balik je laa...report pon bukan ade guna" kelas tak ayat tu?
Cerita Dua
Aku Kena tangkap masa nak lari rodblok. Pung pang pung pang punye cerita aku kena masuk lokap. Ok, masa aku serah barang aku nak kena lokap adeke pulak polis amik duit aku dalam wallet masuk poket dia. Masa tu aku terfikir sape lagi jahat.
Cerita tiga
Aku teman member aku pegi amik moto kat balai, moto dia kena angkut pasal roadtax mati. Saman ape takde, tetiba mintak duit kalau nak keluarkan moto tu. Ape cerita?
Cerita empat
Bini aku terlibat dalam kemalangan yang membawa maut kepada satu hamba allah, Adeke polis tu mintak duit Lapan ratus nak turunkan kes tu ke seksyen yang lebih rendah kalau tak boleh kena penjara dia kata. Kami tak bagi dan lepas tu hasilnya perbicaraan mahkamah berat nak tuduh bini aku salah. IO tu dah masuk belah pihak yang lagi satu plak. Alahai...
Cerita lima
Kawan sekerja aku telah terlibat dalam pergaduhan (baru takat mulut je laa) semasa menjalankan pemeriksaan keatas sebuah lori. Kawan aku telah diugut dan di acukan dengan sebatang besi. Kerana risaukan keselamatan kawan aku ajak aku report. Sampai di balai, rupanya orang yang ugut tu dah ada bersama ketua balai. Aku pelik jugak. Rupanya dia nak setelkan kes ni di luar, tak perlu panjangkan katanya. Masa dok bincang tu ayat ketua balai bagitau kat cina tu yang aku tak tahan lebih kurang gini la bunyinya " Lu kerja tempat sama hari ² kasi kira laa elok²...lu bagi laa dorang ni bulan-bulan ke, baru sama² senang buat kerja... " Celaka betul ayat tu! ingat aku kerja pakai uniform, perangai aku sama macam dia ke boleh kira. Aku dapat info ada orang nampak dorang dah minum sama² sebelum tu itu cina sama ketua balai, ada kira la tu nak kasik setel!
Ok baru lima, aku ada banyak lagi cerita nnti aku tambah kalau rajin. Patut tak kalau aku tak suka kat polis macam ni? Tapi tak semua macam tu kan? anggota polis yang teruk² sebenarnya mojoriti ke minoriti? sape² tolong jawab!
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

2 comments:
pasal tue la saya xbayar saman..ahahahah!
hmm kite ade jawapannye...banyak sgt tp kite xbley show 2 public..mampus kite..cite kite lg best..sbb tu kalo cite2 ni timbul ayah kite diam je..ni baru org awam yg mcm awak complaint.blum lg yg da terikat ngan contract spai resign ;)
Post a Comment