Masa aku sampai masjid aritu imam dah start baca fatihah, aku duduk saf paling belakang sekali, dengan pantas aku memfollow imam, takut tertinggal rakaat pertama.
Hari tu suara imam membaca Fatihah dan surah sungguh sedap sekali, mungkin imam ni masa muda² dulu masuk pertandingan tilawah kot, macam Uztaz Zamri dia baca, dekat..... di hati, Dok pikir macam² aku masa semayang ni!aku tak tau sape je yang boleh khusyuk semayang, aku tak berapa handal lagi.
Semayang aku yang memang tak khusyuk tu tiba² diganggu oleh bunyian dari belakang, sekejap suara tu seolah olah berbisik kat aku, sekejap sekejap² macam menjerit, aku tengok orang lain macam tak dengor je...me masih konsentret je semayang. Aku sorang je ke yang dengo ni?dia dah! Jin ke nak sakat aku ni, tapi aku rilek je takde laa nak lari, mana jin bleh kacau kita semayang, dalam mesjid lagi tu!
Sampai tahyiyat akhir, setelah memberi salam aku toleh cepat² ke belakang, semua orang belakang aku beri salam jugak, semayang cam rilek² takde ape jadik, dia dah! suara sape?
aku balik dengan seribu satu misteri hari tu.
::NOTA UNTUK DIRI SENDIRI::
Sebenarnye kejadian ni berlaku masa aku pegi semayang jumaat, satu satu nye masa aku ke mesjid setakat ni. Suara jin dan syaitan kat belakang tu pula adalah suara budak² indie yang tak semayang tapi pura² bagi salam bila orang dah habes, macam celake.............
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

No comments:
Post a Comment