Thursday, February 5, 2009

Cerita dulu kala I

Satu hari minggu kat asrama, masa tu aku masih di tingkatan pat. Minggu tu cam malas je nak kuar pegi bandar, pepagi lagi aku dah angkut baju sebaldi menuju ke bilik cuci. Aku ni jenis bizi je sepanjang minggu, mana nak melawat kawasan lagi, jumpe mangsa banjir lagi, bagi sumbangan kat orang miskin, mesyuarat sana sini, pergi Putrajaya Jumpa PM, (Zaman ni dah ade putrajaya ke ek?aku lupa dah) cuma hari minggu je aku boleh spend kan masa untuk kerja mendobi ni, nak tak nak kena buat jugak, masa ni bukan ade mak ke bini ke nak tolong basuh. Lagipon aku risau kalau aku tak basuh stok bekalan seminggu ni dan ditangguh ke minggu seterusnya spora akan membiak dalam baldi dan aku mesti dah takde baju nak pakai dah.

Dengan perasaan berat hati aku masuk ke bilik basuh. Aku tengok member aku Jempol dok khusyuk memberus. Aku terus je amik parking sebelah dia, nak berjemaah la konon. Padahal bilik basuh tu luas dan takde orang lain kat situ.

Tetiba aku rasa macam nak melawak, nak memecah kesunyian laa lebih kurang, pasal aku tengok si Jempol ni serius semacam je membasuh,orang pon tak pandang. Dengan penuh selambe aku mencampakkan selai kain aku kat dia sambil menyound,

" konstret je basuh baju, basuh sekali ngan aku punye laa" (lawak ke buat camni?)

Jempol pandang muka aku, tiba-tiba aku berderau, darah aku otomatik turun ke kaki, rasa cam nak menjerit tak keluar, aku rasa cam nak pegi lari kat umah warden terus bawak kad suruh dia sain aku nak balik kampung. Tak, masa tu aku rasa macam nak berenti sekolah je. Aku tengok muka Jempol ni dah berubah, dia bukan kawan yang aku kenal lagi, muka dia dah jadik macam muka senior aku. Apahal lak ni? camne bleh salah orang,mampos aku!!. "Mintak maaf bang saye salah orang" kata kau separuh merayu sambil buat muka bersalah.

Ya, hari tu aku telah membabitkan diri dalam kancah yang aku tak hingin libatkan diri langsung, aku telah menyuruh budak senior aku basuh kain, bukan kain baju yang aku campak, spender lagi tu!! tapi masa tu dia rilek je terus belah lepas siap cuci, aku meneruskan hari aku seperti biasa. Takde ape ape pon jadik?, selamat aku!!Tamat....

No comments: