Wednesday, February 4, 2009

Indie

Kat tempat aku ni takdelaa ketara sangat budak² indie punye scene...aku tengok dorang lebih terarah kepada scene shuffle, tapi tah macam ketika aku sedang surf news tentang butterfingers aku sudah terjumpa satu blog budak indie la konon kot yang dok perlekehkan Butter.

Dorang tak tau ke Butter tu legend, ingat indie tu best ke...aku ingat kalau budak² newboyz sekang ni declare dorang dah indie pun aku kompom budak² indie kata newboyz tu gile best. Setakat minat kat band indie yang dah menstream tu tak payah laaa weih...lupekan jelaa.

Tapi aku tak berape paham sebenornye indie ni ape? kat tibi tu kalau cakap indie ni aku tengok macam satu genre music, indie ni genre muzik ke? ke satu cara hidup ke? atau satu fesyen pakaian? ke sape² yang hidup zaman merdeka ni otomatik indie. Kalau dah kuar tibi radio masuk mainstream tu indie ke? aku ingat budak indie pon kalau tanye dorang tak ramai yang leh jawab soklan aku ni. Macam mase zaman aku dok kemaruk ngan Underground. Underground sana underground sini, bila aku tanye haram taktau...dressing je...ptuihhh!!!

No comments: