Wednesday, February 4, 2009

Damn!!!!

Kat depan umah aku ni ada satu kedai runcit, tokey dia melayu, dia meniaga runcit² je la sebab kedai dia kedai runcit, oleh sebab dia melayu maka perniagaan runcit² dia tak berapa laa laku sangat berbanding dengan kedai runcit bangsa² lain.

Satu masa dulu aku penah gak singgah beli barang kat kedai dia, tapi sekarang tak lagi sebab aku penah terbeli barang dah expired, tapi aku tak marah, sama² melayu laaa katakan, aku selalu cuba saport orang melayu yang meniaga, tapi dorang je selalu tak sapot aku, mesti je ade yang tak kena ngan orang melayu yang meniaga ni.

Aku tengok kalau bangsa lain tu siap beranak pinak cucu mereka, kedai dok stay ada camtu jerk siap dari kedai runcit sampai berubah jadi Super Market. Serbis pon cam bagus je...pandai dorang amik ati.Kenape ek? kenape orang melayu camtu?aku malas nak pikir.

Nak dipanjangkan cerita lagi, maka satu hari tutup laaa kedai tu akibat tak boleh blah agaknye...tapi senboard tak turun lagi, arakian setelah beberapa purnama, maka aku lihat kedai tu beroperasi semula, tapi modus operandi dia dah lain plak, akak yang selalu keje jage konter duit kedai dulu tu ade lagi aku tengok, dok kat konter lagi, tapi skang aku perati kedai tu macam ade kaber² line sikit, orang ramai dah plak tu! meniaga apa ni?

Sambil dok lalu hari² aku try usha...jual dadah ke dorang ni?l aku betol!goreng pisang? takkan memalam jual? kedai makan?takkan pakai cermin gelap? setelah beberapa lama aku menspy kedai tu lagak ala ala polis gerak khas baru aku tau ropanye dah jadik kedai main PS2.

Laaaa....patut makin laku, ok laa tu ada jugak melayu kita yang maju setapak. Berjaya jugak dia menjalankan bisnes dia semula...taklaa tutup terus kedainye...tapi yang aku tak berape syok tu dah jadik tempat budak² melepak dah kedainye, dak dak kecik lak tu.

Mesti dorang mintak duit kat mak dorang pastu pegi men game...takpe ke? Ni dikira gejala sosial ke? boleh bior ke? kalau aku, aku tanak anak aku dok tempat macam ni malam². Bila masa dorang nak belajar buat keje umah, takde plak bangsa lain yang dok melepak sini aku tengok.
Apa ni?

Aku memang marah betol ngan owner kedai satu ni sebenarnye. Yelaaa...ade ke dia meniaga Kedai PS, abes budak² kat sini ghosak Meralit men game, tak ingat belajo. Dan yang aku paling marah sekali ialah sebab ngan aku² sekali dah terjebak hari² nak main winning eleven ngan Beby kat sini, haram betul!!!! Tu la sebabnye aku tak beli PS ni tuari...aku tau dah penangan dia macam mana....bestu sape yang nak tanggung skang ni????

No comments: