Aku tak tau plak kalau kite ngadap pc lame², kite akan menghadapi masalah pening² dan loya bagaikan seorang pumpuan yang pegnent. Tatkala aku sedang syok membaca bahan ilmiah yang boleh didapati dengan mudah di depan skrin komputer ni, tetiba je aku rasa nah termuntah dan segalanye berpusing. Aku dengan lincahnye terus bangkit, seb baik tak muntah betul². Setelah berjaya mengumpulkan sisa² tenaga yang ada, aku terus jerk tengok jam.
Wallahhh!!!dah pat jam aku ngadap pc membaca, patut laa tong ting tong, siap dapat pakej sakit kepala plak tu, terus je aku dah rasa tak boleh nak buat apa. Lantas aku merilekkan diri serilek-rileknya di umah.
Sekarang ni aku kena selidik plak apa efek efek yang berlaku kalau kite konsentrate sangat ngan PC adakah ia membahayakan kesihatan? adakah boleh mendatangkan penyakit kekal? adakah kita boleh dijangkiti virus membahaya? adakah kita boleh ilang ingatan secara kekal? terlalu banyak persoalan yang timbul dan terus timbul.
Sebab soalan-soalan yang timbul dari masa ke semasa ni laaa aku terus menerus mensurfkan diri aku di internet. Terlalu banyak soalan yang berada di sekeliling aku masih tidak dijawab. Terlalu banyak rahsia yang disimpan oleh kerajaan Amerika hatta kerrajaan Mesia sendiri.
Aku suka mencari ilmu pengetahuan, aku suka mencari jawapan, The truth is out there. Aku akan terus mencari apa yang aku masih tak tau lagi. Mungkin satu hari nnti Morpheus akan datang kepada aku dan membawa aku keluar daripada The Matrix, dan memberitahu aku rahsia terbesar sekali dalam dunia, atau mungkin alien akan berhubung dengan aku melalui pc ni, dan menyuruh aku berhenti mengorek rahsia mereka atau mungkin aku akan berjumpa dengan entiti yang menakutkan di pc ni, merasuk aku lebih teruk lagi dari efek pening² yang aku alami tadi, macam macam boleh berlaku....tapi aku takkan berputus asa untuk mencari maklumat, hatta mereka block line internet sekalipun.
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

No comments:
Post a Comment