Monday, March 23, 2009

Malaysia Boleh!

Macam-macam dah pencapaian negara kita Malaysia ni yang aku tak tau la boleh di banggakan atau tidak. Malaysia dah berjaya campak kereta Proton kat kutub, orang kata Mitsubisihi ngan Nissan tak buat camtu pon.

Orang kita pegi jenjalan kat kutub, ok, aku kata baguslaa...perempuan lak tu. Tapi, orang kata saintis negara lain berkampung berbulan-bulan kat kutub tu buat kajian pasal pemanasan global tak kecoh pon.

Malaysia buat KLCC orang kata tu semua bukan kita buat buat, orang kata bangsa lain design, bangsa lain yang buat, bangsa lain yang duduk. Takpe laaa....janji kita dapat pegang rekod menara paling tinggi kita ada.

Malaysia dah ada angkasawan, orang kata kita tumpang je macam naik teksi. Lepas tu orang kompelin lagi ape jadi ngan angkasawan kita, tak ada program follow up, memang laa...kita bukan buat roket, kita tumpang, pastu dah abis nak buat ape lagi kan?.

Kita pon ade kereta sendiri, kita buat kereta, tapi orang kata kereta kita bukan kita punya, teknologi orang. Jual pon nak mahal, kualiti pon takde. Tapi takpe, kita dah buat keta...

Sekadar menyebut beberapa contoh tadi, negara kita memang nak buat semua yang hebat je laa...aku tak nak cerita pasal membazir duit
rakyat ke apa, tu bukan cerita aku nak post.

Aku cuma nak cerita kalau laaa negara kita cuba membuat rekod kebanggaan yang macam India buat baru-baru ni. India telah melancarkan kereta yang paling murah dalam dunia. Kerajaan dorang buat satu benda yang aku rasa ada laa gak guna. Buat kereta murah gila untuk rakyat sendiri. Amacam? ok kan? kenapa Proton takde nak pikir camtu? pegi laa lawan india buat kereta paling murah dalam dunia. Tu laaa yang bagus untuk rakyat, tak bangga kot kalau buat kereta murah, buat kereta nak mahal je....ingat semua orang kaya ke nak beli kereta mahal²???

No comments: