Aku tau la kenapa aku ada satu kesukaan iaitu tidak mahu mengikut undang-undang atau apa sahaja benda yang telah di tetapkan. Ape sahaja yang disuruh aku akan membuat sesuatu yang sebaliknya. Kira-kira aku ni boleh dikategorikan sebagai pembangkang la kot. Ye ke? puak berhaluan kiri kot. Fasilitator cop aku puak berhaluan kiri dulu masa aku kat kem BTN. Aku tengok semua benda daripada sebelah yang lagi satu. Orang macam aku ni rare ke? kalau aku rare aku cool la kot.
Aku akan jalan kalau lampu traffic warna merah. Aku tak suka senbord yang suruh aku bawak keta pelan². Aku tak suka Manchester United. Aku suka Ac Milan. Aku memang tak suka dengan undang² yang manusia buat. Tu tak bermakna aku tak suka ngan undang² tuhan. Undang² yang tuhan buat pada aku paling sempurna. Selain daripada tu aku selalu rasa cam taknak ikut. Aku memang suka buat benda yang orang tak bagi.
Cuma, malam tadi aku telah memalukan diri aku ngan sikap aku yang sebenarnye tak berape baik tu. Aku sekarang dah rasa berbelah bagi dengan pegangan hidup aku sendiri.
Malam tadi aku tersengkak perut aku ngan siku sendiri laju² depan orang ramai kat pintu cermin mesin ATM sebab taknak ikut cakap pintu tu suruh -PULL TARIK-. Tak guna betul!! selalu aku tak ikut ok je.........
BEBERAPA JENIS HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL DI DUNIA
10 years ago

No comments:
Post a Comment